Site icon TechNave BM

Dapatkan promosi telefon pintar pelbagai jenama sewaktu Lazada 8th Birthday Sale pada 27 Mac

Sempena ulang tahun Lazada yang kelapan, mereka mengadakan Lazada 8th Birthday Sale di mana pelbagai jenama telefon pintar seperti Xiaomi, vivo, HONOR dan Wiko akan menawarkan promosi hebat pada esok, 27 Mac. Malah, anda juga boleh mendapat hadiah percuma seperti gelang tangan pintar, kotak hadiah, power bank dan banyak lagi.

vivo akan menghadiahkan semua pelanggannya yang membeli telefon berharga RM500 ke atas dengan power bank 5,000mAh secara percuma dan lain-lain hadiah.

HONOR pula akan menawarkan diskaun sehingga 47% untuk produk seperti telefon pintar, gelang tangan pintar, jam tangan pintar dan power bank 10,000mAh. Bergantung kepada produk HONOR yang anda beli, anda mungkin mendapat hadiah percuma seperti kad microSD 32GB, pemegang telefon mini dan juga kabel data.

Syarikat telefon pintar Perancis, Wiko, akan melancarkan Wiko View4 di Lazada dengan harga promosi RM337 sewaktu jualan kilat (flash sale). Harga asalnya adalah RM399.

Manakala Xiaomi juga akan mengadakan diskaun besar sehingga 32% untuk siri telefon pintar Redmi seperti Redmi Note 9S, Redmi Note 8 Pro, Redmi 8 dan Redmi 7A di laman Lazada rasmi Redmi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli telefon pintar sempena Lazada 8th Birthday Sale ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version