Site icon TechNave BM

Dapatkan PS4 dengan 3 ‘game’ hebat pada harga RM1,099 sahaja

Jika anda masih belum memiliki konsol PlayStation 4, mungkin anda boleh membelinya sewaktu kempen promosi Sony Days Of Play 2020 pada 3-16 Jun. Sebagai permulaan, anda boleh dapatkan PlayStation 4 Mega Pack (1TB) dengan tiga game hebat pada harga RM1,099 sahaja. Game tersebut adalah Grand Theft Auto V, God of War dan Horizon Zero Dawn.

Sementara itu, PlayStation 4 Pro juga akan dijual dalam pakej khas PlayStation 4 Pro Bundle yang termasuk dua controller wayarles Dualshock 4 dan dua game iaitu God of War dan The Last of Us Remastered. Pakej tersebut akan dijual pada harga promosi RM1,399.

Di samping itu, lain-lain kelengkapan PlayStation 4 juga dijual dalam harga yang lebih murah seperti controller Dualshock 4, pelbagai tajuk game dan pakej langganan PlayStation Plus.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk PlayStation dalam kempen promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version