Site icon TechNave BM

Dapatkan realme 5 Pro berwarna putih (Chroma White) dengan harga RM999

Sempena Hari Kekasih, realme mengeluarkan realme 5 Pro dengan pilihan warna Chroma White khusus buat anda. Bermula dengan harga RM999, anda perlu tahu bahawa hanya terdapat 500 unit sahaja dengan pilihan warna ini tersedia untuk dijual!

Seperti versi realme 5 Pro yang lain, pilihan Chroma White ini hadir dengan kamera quad Sony 48MP dan Pengecas Pantas VOOC 3.0. Sepintas lalu, realme 5 Pro dikuasai cipset Snapdragon 712 AIE dengan paparan dewdrop FHD+ 6.3 inci.

Dengan kamera utama 48MP + lensa potret 2MP + lensa ultra-makro 2MP dan kamera hadapan Sony IMX471 AI 16MP, pilihan warna ini semestinya bakal menggamit hati anda. realme 5 Pro dengan warna Chroma White hadir dengan versi RAM 8GB dan ROM 128GB.

Untuk pembelian dalam talian, anda boleh menyambarnya pada 4 Februari 2020 di Shopee. Berita terbaik untuk pelanggan yang tinggal di Lembah Klang, penghantaran hanya mengambil masa sehari sahaja!

Adakah anda bakal mendapatkan salah satu unit daripada 500 unit realme 5 Pro Chroma White? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi terkini.

Exit mobile version