Site icon TechNave BM

Dapatkan rebat 50% untuk pembelian dalam aplikasi Huawei & peluang menangi P40 Pro!

Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa anda boleh mendapat rebat segera sebanyak 50 peratus dalam Huawei In-App Purchases (Huawei IAP), kandungan premium Huawei Video, pelan storan Mobile Cloud dan Themes sehingga 31 Mei ini. Di samping itu, Huawei juga akan mendermakan 5% daripada hasil jualan ini kepada badan-badan kebajikan yang disenaraikan dalam laman Facebook mereka.

Yang lebih menarik adalah anda berpeluang memenangi Huawei P40 Pro hanya dengan menyertai peraduan Share & Win Lucky Draw. Untuk menyertainya, anda hanya perlu kongsi pos kiriman tersebut ke dalam garis masa Facebook anda dan lengkapkan ayat “I am appreciative of…” pada permulaan pos.

Masukkan tanda palang #AppGalleryXWeCare dan #kitajagakita serta tetapkan pos anda kepada Awam agar ia boleh dilihat oleh semua orang. Huawei akan mengumumkan pemenang peraduan tersebut dalam laman Facebook rasmi Huawei Mobile Services, jadi pastikan anda Like halaman tersebut.

Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version