Site icon TechNave BM

Dapatkan Rocket League dan baucar ~RM41 secara percuma di Epic Games Store

Epic Games Store selalu menawarkan game percuma dalam masa terhad dan kini penawaran terbaru daripada perkhidmatan tersebut adalah game ‘bola sepak kereta’ popular Rocket League. Bukan itu sahaja, pengguna Epic Games yang baru juga berpeluang untuk mendapatkan baucar percuma bernilai USD10 (~RM41).

Rocket League hanya akan diberikan secara percuma daripada 23 September hingga 23 Oktober dan setiap pengguna yang mendapatkan Rocket League semasa tempoh itu akan diberikan baucar Epic Coupon bernilai USD10. Baucar ini hanya boleh digunakan sehingga 1 November untuk sebarang pembelian di Epic Games Store yang bernilai USD14.99 ke atas.

Bagi menyambut kehadiran Rocket League di Epic Games Store, pemain boleh mendapatkan ganjaran khas dalam game itu dan Fortnite. Pemain Rocket League dalam Epic Games Store boleh bermain bersama pemain lain yang menggunakan perkhidmatan Steam.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Epic Games Store

Exit mobile version