Site icon TechNave BM

Dapatkan Samsung Galaxy A51 dengan harga murah sempena menjadi telefon yang paling laris dalam Q1 2020

Nampaknya Samsung mengekalkan takhtanya sebagai ‘raja’ telefon pintar Android apabila telefon kelas pertengahan Samsung Galaxy A51 dinobatkan sebagai telefon Android yang paling laris di seluruh dunia pada suku pertama tahun ini.

Menurut data yang dikumpulkan oleh firma Strategy Analytics, Galaxy A51 versi 4G telah menjadi telefon pintar terlaris sewaktu Q1 2020, dengan 6 juta unit terjual bersamaan dengan 2.3% daripada jumlah pasaran. Selain itu, ia juga mendapat sambutan yang lebih menggalakkan di Eropah dan Asia.

Jika anda berminat untuk memiliki peranti Samsung yang sangat laris ini, Samsung Malaysia ada berita baik untuk anda. Bermula hari ini sehingga Selasa, 30 Jun, pelanggan yang membeli Galaxy A51 dengan varian RAM 8GB boleh mendapat rebat sebanyak RM100 di cawangan-cawangan Samsung terpilih.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli Galaxy A51 sempena promosi terhad ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version