Site icon TechNave BM

Dapatkan siri Huawei P40 bersama Maxis dengan harga serendah RM79.50 sebulan

Anda kini boleh dapatkan siri telefon pintar flagship terbaru, Huawei P40, dengan harga ansuran serendah RM79.50 setiap bulan. Huawei telah bekerjasama dengan Maxis untuk memperkenalkan pelan Zerolution bagi membantu anda memiliki peranti flagship ini dengan harga yang lebih berpatutuan.

Melalui pelan khas ini, anda boleh membeli dua Huawei P40 dengan harga RM159 sebulan. Ini bermaksud anda hanya perlu membayar RM79.50 sebulan untuk sebuah Huawei P40, jadi anda mungkin boleh berurusan dengan seorang rakan atau ahli keluarga untuk mendapatkan telefon flagship ini.

Jika anda tidak berminat untuk membeli dua, anda juga boleh membeli satu sahaja dengan pelan Zerolution pada harga ansuran RM99 sebulan. Dengan membelinya daripada promosi ini, anda boleh mendapat penjimatan sehingga RM2,542 dan juga hadiah bernilai RM796 yang merangkumi Huawei P40 Wireless Charging Case, SuperCharge Wireless Car Charger, 50GB Huawei Cloud Storage dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang Zerolution, boleh layari laman web Maxis ini. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli Huawei P40 melalui promosi Zerolution dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version