Site icon TechNave BM

Dapatkan siri Samsung Galaxy S21 5G dengan harga istimewa hari ini!

Samsung Malaysia sedang menganjurkan promosi khas untuk siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 5G di mana pelanggan boleh mendapatkan rebat tunai serta-merta serta pelbagai hadiah percuma. Promosi ini akan berlangsung dalam dua hari minggu iaitu pada 22-23 Mei (hari ini) dan 27-30 Mei.

Sepanjang promosi tersebut, pelanggan akan menerima rebat tunai sebanyak RM400, bermaksud harga untuk semua varian Galaxy S21 5G akan dikurangkan sebanyak nilai rebat tersebut.

Pelanggan juga akan menerima pelan perlindungan Samsung Care+ selama dua tahun secara percuma, di mana pelan ini akan melindungi Galaxy S21 daripada kerosakan yang timbul dengan kemalangan, cecair atau keretakan skrin.

Selain itu, pelanggan akan menerima hadiah daripada Samsung bernilai RM917 apabila mereka membeli mana-mana Galaxy S21 di bawah:

Anda juga boleh membawa telefon lama anda untuk ditukarkan dengan Galaxy S21 melalui program Galaxy S21 Series Trade-Up di mana telefon lama boleh ditukar nilai sehingga RM4,590 untuk membeli Galaxy S21 dengan lebih murah. Penukaran nilai telefon adalah bergantung kepada jenama dan model.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version