Site icon TechNave BM

Dapatkan siri telefon pintar Samsung Galaxy A sebelum 30 Jun untuk harga yang lebih murah

Samsung Malaysia sedang mengadakan sebuah promosi untuk siri telefon pintar Galaxy A yang akan berlangsung sepanjang bulan Jun. Promosi ini layak untuk Galaxy A51, serta model yang baru dilancarkan hari ini iaitu Galaxy A31, A21s dan A11.

Untuk Galaxy A51, pelanggan yang membeli sebelum 30 Jun bakal mendapat rebat segera bernilai RM100. Harga asal telefon itu ialah RM1,299, jadi jika anda membeli pada bulan ini maksudnya anda membeli pada harga RM1,199.

Untuk Galaxy A31 dan A21s, selain rebat segera sebanyak RM50, pelanggan juga akan mendapat Protection Plus secara percuma. Ini termasuklah perlindungan lanjutan selama setahun (one year extended protection) dan perlindungan skrin untuk satu kali (one time screen protection).

Galaxy A31 adalah telefon kelas pertengahan dengan spesifikasi mantap, yang terdiri daripada skrin Super AMOLED 6.4 inci, empat kamera dan bateri 5,000mAh.

Manakala untuk Galaxy A11 pula, pelanggan boleh mendapatkan Protection Plus secara percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli mana-mana Galaxy A di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version