Site icon TechNave BM

Dapatkan telefon pintar vivo berharga RM99 sahaja dan banyak lagi promosi sempena 5.5 Digi Sale

Syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications bakal menganjurkan sebuah promosi 5.5 Digi Sale di mana pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenis peranti dan pakel telekomunikasi dengan harga diskaun. Promosi ini akan berlangsung pada 2 hingga 8 Mei 2022.

Dalam promosi ini, pelanggan boleh mendapatkan telefon pintar vivo Y15s pada harga RM99 sahaja (harga pasaran RM499) apabila ia dibeli dengan pelan Digi Postpadi 60 dan internet berkelajuan tinggi 40GB. Promosi ini hanya boleh didapati di Digi Online Store.

Pelanggan juga boleh mendapatkan pakej Super Long Life selama 365 hari dengan diskaun sebanyak 50 peratus. Pelanggan prabayar boleh mendapatkan tempoh sah selama satu tahun pada harga RM54.

Selain itu, pelanggan baharu yang melanggan kepada Digi Broadband akan menerima data tambahan untuk 12 bulan pertama. Pelanggan Digi Broadband 65 (RM65 sebulan) akan menerima 70GB sebulan selama 12 bulan, manakala pelanggan Digi Broadband 105 (RM105 sebulan) akan menerima 130GB sebulan selama 12 bulan.

Digi juga menawarkan pakej internet mudah alih 555GB High-Speed Internet untuk Digi Postpaid dan Digi Prepaid pada harga RM7 sahaja.

Selain itu, Digi akan memperkenalkan pas internet dengan pulangan tunai (cashback) sehingga 50 peratus untuk kekal berhibur sewaktu Hari Raya. Pelanggan bboleh menonton program kegemaran dalam Netflix, YouTube, Astro GO, Viu, Dailymotion atau Unifi PlayTV dengan Digi Unlimited Video Pass pada harga RM5 untuk tiga hari.

Layari laman web Digi untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi Digi dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version