Site icon TechNave BM

Dapatkan vivo Y15 hanya RM0.99 dengan mendaftar pelan pascabayar U Mobile Unlimited HERO P79

Bersempena dengan pelan pascabayar U Mobile Unlimited HERO P79, vivo Y15 yang dilengkapi dengan ROM 64GB kini boleh didapati pada harga RM0.99. Pelan tersebut menawarkan panggilan serta data tanpa had untuk penstriman muzik & video, data percuma untuk perayauan sehingga 20GB data berkelajuan tinggi. Walau bagaimanapun untuk yuran langganan bulanan ianya berharga RM79.

Y15 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan teknologi penjimatan kuasa pintar sesuai untuk gaming, video dan mendengar muzik. Ia juga dilengkapi dengan RAM 4GB dan ROM 64GB – menyediakan storan telefon yang lebih besar sambil meningkatkan pengalaman pengguna. Anda boleh semak mengenai spesifikasi vivo Y15 ini disini.

Y15 ini didatangi dengan warna Aqua Blue dan Burgundy Red dimana ianya boleh didapati di Malaysia dengan harga RM599. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Laman Web Rasmi U Mobile atau laman Facebook rasmi vivo.

Adakah anda berminat untuk bertukar ke pelan U Mobile ini? Beritahu kami di laman Facebook dan untuk kemas kini berita seperti ini, nantikan di TechNave BM.

Exit mobile version