Site icon TechNave BM

Dari Avengers ke X-Men, anda kini boleh baca komik Marvel secara percuma sehingga 4 Mei!

Jika anda tidak mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjalan, mungkin anda boleh mula membaca komik-komik Marvel di internet. Syarikat penerbitan komik adiwira itu membuka akses kepada beberapa komiknya yang paling terkenal secara percuma sehingga 4 Mei ini.

Antara siri komik yang anda boleh baca secara percuma sekarang adalah Avengers, Civil War, Thanos Wins, Amazing Spider-Man, Fantastic Four, Black Panther, X-Men, Captain America, Avengers vs. X-Men dan banyak lagi.

Anda boleh membacanya dengan melawat laman web rasmi Marvel atau memuat turun aplikasi Marvel Unlimited di Android atau iOS. Biasanya, koleksi komik ini hanya boleh dibaca jika anda membayar langganan bulanan sebanyak US$9.99 (~RM43) sebulan. Namun bagi memudahkan peminatnya duduk di rumah sewaktu wabak COVID-19 berlangsung, Marvel membuka akses percuma untuk siri-siri komik ini.

Jadi komik Marvel yang manakah anda akan khatamkan pada waktu PKP? Kongsi dengan kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Marvel News

Exit mobile version