Site icon TechNave BM

13 juta maklumat pengguna Astro, SPR dan Maybank dijual secara terbuka

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah memberikan tanggungjawab kepada dua agensi berhubung dakwaan kebocoran data terbaru melibatkan kira-kira 13 juta pemegang akaun daripada bank terbesar Malaysia iaitu Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro.

Fahmi Fadzil adalah menteri pertama yang menjadikan perlindungan data peribadi sebagai salah satu keutamaannya selepas mengambil alih jawatan tersebut bulan lalu. Beliau telah menugaskan CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menyiasat kes tersebut.

JPDP ialah singkatan Bahasa Melayu untuk Jabatan Perlindungan Data Peribadi di bawah kementerian Fahmi. Kiriman itu melampirkan beberapa gambar yang menunjukkan senarai maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon yang kononnya adalah pemegang akaun Astro, Maybank dan SPR.

Malaysia telah menyaksikan beberapa insiden ketirisan data awal tahun ini termasuk penggodaman sistem gaji dalam talian kerajaan oleh penjenayah siber yang mungkin telah mencuri satu juta set data peribadi serta dua juta slip gaji pada September.

Selepas dilantik Menteri KKD, Fahmi telah berjanji untuk melindungi data peribadi pengguna di negara ini daripada terdedah kepada penipuan atau kecurian maklumat. Beliau berkata negara telah kehilangan lebih 100 juta set data peribadi sejak 2017 yang telah dicuri oleh pelbagai pihak tidak bertanggungjawab.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Twitter Fahmi Fadzil

Exit mobile version