Site icon TechNave BM

Data 380,000 pengguna E-pay Malaysia didapati dijual dalam internet

Data pengguna perkhidmatan e-pembayaran E-Pay Malaysia didapati telah terbocor, di mana data lebih kurang 380,000 pengguna telah pun didedahkan. Data ini termasuklah nama, kata laluan, nombor telefon alamat rumah.

Data tersebut juga didapati telah dijual dalam sebuah laman web forum dengan harga sehingga US$300 (~RM1,216). Walau bagaimanapun, senarai data dalam forum itu telah pun terpadam setakat ini.

Pengguna E-Pay dinasihatkan untuk menukar kata laluan mereka buat masa ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Lowyat

Exit mobile version