Site icon TechNave BM

Data internet dan panggilan tanpa had Hotlink Prepaid baharu hanya berharga RM35

Maxis Berhad kini mengumumkan penawaran pelan Hotlink Prepaid baharu untuk seluruh rakyat. Hotlink Prepaid Unlimited menawarkan data internet dan panggilan tanpa had bermula dengan harga serendah RM35 sebulan.

Pelan baharu ini bermula dengan RM35 sebulan, disusuli dengan pelan RM45 sebulan untuk pengalaman internet yang lebih pantas (6Mbps). Anda boleh melihat informasi pakej melalui infografik di bawah.

Untuk pengetahuan anda, pek SUPERR Hotlink juga diperbaharui menjadi Hotlink Prepaid Video sebagai rancangan prabayar untuk pengguna yang gemar menstrim video dengan kelajuan yang lebih tinggi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Hotlink.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version