Site icon TechNave BM

Data Kaspersky menunjukkan serangan perisian hasad di Malaysia menurun

Dalam tempoh Oktober hingga Disember 2019, Kaspersky telah mengesan 11,544,340 ancaman pada komputer pengguna di Malaysia dari Rangkaian Keselamatan Kaspersky (KSN). Secara keseluruhan 31.9% pengguna hampir dijangkiti oleh serangan siber dalam tempoh ini.

Serangan siber membabitkan serangan domestik dan perisian hasad (malware) melalui pemacu USB, CD dan DVD serta kaedah dalam talian. Kaspersky terus menggalakkan rakyat Malaysia untuk mula mengamalkan budaya keselamatan siber yang lebih baik.

Buletin Keselamatan Kaspersky Q4 2019 melaporkan bahawa rakyat Malaysia terus menjadi lebih sedar dengan ancaman dalam talian di mana mengikut analisis secara keseluruhannya telah menunjukkan penurunan pada Q4 2019.


Q4 2017Q4 2018Q4 2019
Web Threats 5,095,1709,840,8705,658,973
Local Threats19,741,33416,941,59211,544,340
Threat Sources 112,461217,45598,282

Kaspersky sangat bermotivasi dengan pengumuman oleh CyberSecurity Malaysia mengenai Sistem Pengesanan dan Sistem Amaran Perisian Hasad, dengan tujuan untuk mengurangkan kesan ancaman bagi organisasi, melalui kerjasama pihak tempatan, awam dan swasta. Perkara ini sangat penting supaya pengguna di Malaysia lebih peka dengan persekitaran siber mereka.

Untuk mengelak ancaman yang sedang berkembang dalam talian, pakar keselamatan Kaspersky menasihatkan langkah asas yang penting seperti berikut:

Untuk keselamatan dalam organisasi, Kaspersky mengesyorkan seperti berikut:

Beritahu kami tentang pengalaman anda di laman Facebook kami. Untuk berita teknologi terkini, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version