Site icon TechNave BM

Data peribadi 200,000 rakyat Malaysia termasuk nama, nombor IC dijual dalam talian!

Masalah pelanggaran data atau pembocoran data bukan perkara baharu memandangkan ia sering berlaku. Terdapat pihak yang sememangnya berniat untuk menjual data pelanggan atau pangkalan datanya diceroboh. Terkini, sumber melaporkan bahawa terdapat set data peribadi 200,000 rakyat Malaysia yang telah disenaraikan dan dijual dalam talian.

Menurut sumber, senarai data ini dijual di laman yang sama dengan penjualan data pengguna E-pay Malaysia sebelum ini. Penjual data tersebut mendakwa bahawa set data peribadi ini adalah koleksi daripada platform e-dagang tempatan Ifmal yang mengandungi nama, alamat, nombor kad pengenalan serta nombor telefon.

Pengesahan penuh dari pihak Ifmal boleh dibaca di pautan ini

Namun, Ifmal mengesahkan bahawa data yang dijual secara haram tersebut bukan milik mereka. Menurut Ifmal, syarikat mereka tidak mempunyai data sebanyak itu dan syarikatnya tidak pernah meminta nombor kad pengenalan dari pelanggan. Sememangnya benar, Ifmal meminta maklumat pengguna berlainan daripada maklumat data yang bocor dalam talian.

Setakat ini, sudah disahkan bahawa data yang dijual bukan data pengguna Ifmal. Namun, tidak dapat dipastikan siapakah atau organisasi manakah pemilik data yang telah bocor ini sebenarnya. Adakah data yang dijual ini sahih dan benar?

Luahkan pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: lowyat.net

Gambar utama dari iPass

Exit mobile version