Site icon TechNave BM

Data peribadi anda pada e-dompet diyakini selamat

E-dompet sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, tetapi mungkin merupakan pengalaman baru buat segelintir rakyat Malaysia. Kewujudan e-dompet sebagai platform rasmi untuk menuntut e-Tunai Rakyat mengundang sedikit tanda tanya daripada rakyat. Rakyat Malaysia bimbang akan keselamatan data yang dimuat naik secara dalam talian untun tujuan penggunaan e-dompet. Kebimbangan ini menjadi satu tanda tanya, adakah privasi data dalam talian e-dompet selamat?

Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan Informasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana memberi respons berkenaan hal ini. “Secara umumnya, orang ramai tidak perlu bimbang tentang e-dompet kerana keselamatannya sentiasa dijaga oleh pihak yang berkenaan,” kata beliau.

Sementara Pensyarah Kanan daripada fakulti sama, Dr Irni Eliana Khairuddin menyatakan bahawa setiap sistem yang diwujudkan pada hari ini terbina dengan teknologi keselamatan tinggi yang sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa. Menurutnya lagi, data yang dimuat naik tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak lain kerana ia dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Adakah anda yakin dengan keselamatan data e-dompet? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan membaca berita teknologi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version