Site icon TechNave BM

Data peribadi penerima vaksin di Malaysia tidak akan dikongsi dengan syarikat pengeluar

Berikutan kehadiran vaksin COVID-19 di Malaysia, pelbagai spekulasi turut mula hadir termasuklah dakwaan pendedahan data penerima vaksin kepada syarikat tertentu. Kerajaan menepis dakwaan ini dengan memberi jaminan bahawa data peribadi rakyat yang mendaftar sebagai penerima vaksin tidak akan dikongsi dengan syarikat pengeluar vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa rakyat tidak perlu risau kerana kerajaan tidak akan dedahkan data peribadi kepada syarikat pengeluar vaksin, hanya data AEFI (Adverse Events Following Immunization) iaitu maklumat berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi sahaja yang akan dikongsikan.

Tambah beliau, situasi di antara Pfizer-BioNTech dengan negara Israel sebagai negara yang terlebih dahulu menerima vaksin adalah berbeza dengan negara Malaysia memandangkan mereka sudah ada perjanjian untuk kongsi maklumat penerima vaksin yang terperinci.

Sebagai maklumat tambahan, sebahagian rakyat yang akan menerima vaksin di hospital atau fasiliti swasta pada Fasa 2 dan Fasa 3 nanti, rakyat akan tetap menerima vaksin secara percuma. Kerajaan juga meneliti saranan untuk menggubal undang-undang baru untuk membendung penularan berita palsu vaksin COVID-19.

Sehingga 6.30 petang (28 Februari 2021), seramai 15,293 individu telah menerima suntikan vaksin dos pertama. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak maklumat mengenai vaksin COVID-19 di Malaysia termasuklah bagaimana untuk mendapatkannya di pautan ini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version