Site icon TechNave BM

Data untuk 44% daripada jumlah pengguna Facebook di Malaysia telah dibocorkan

Data peribadi untuk lebih 500 juta pengguna Facebook seluruh dunia sejak 2019 telah dibocorkan dan dikongsi dalam sebuah forum dalam talian untuk para penggodam. Data ini termasuklah alamat emel dan nombor telefon.

Isu ini telah didedahkan oleh Alon Gal, pegawai ketua teknologi di firma jenayah siber Hudson Rock dan beliau menyifatkan masalah ini sebagai kecuaian daripada pihak Facebook. Kebanyakan data tersebut melibatkan pengguna aktif dan boleh menjejaskan privasi mereka.

Daripada jumlah 500 juta akaun yang dibocorkan, 11 juta akaun berasal dari Malaysia. Memandangkan jumlah pengguna Facebook di Malaysia adalah sekitar 25 juta, ini bermakna peratusan akaun yang terjejas adalah sekitar 44%. Ini adalah jumlah yang agak membimbangkan dan anda mungkin telah menjadi mangsa kepada godaman ini.

Facebook telah membidas dakwaan Alon dengan mengatakan bahawa ini adalah berita lama pada 2019 yang telah pun diselesaikan. Sungguh pun begitu, kami menasihatkan para pembaca untuk mencipta semula kata laluan yang baru agar akuan Facebook anda menjadi lebih selamat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: New Straits Times

Exit mobile version