Site icon TechNave BM

Data WhatsApp kini boleh disalin dan disimpan ke HUAWEI Mobile Cloud

WhatsApp merupakan salah satu platform dan medium perhubungan utama di Malaysia. Data di WhatsApp merupakan maklumat penting untuk pengguna termasuklah log perbualan. Anda kini boleh menyalin semula log perbualan di WhatsApp dan menyimpannya (backup) di HUAWEI Mobile Cloud.

Bertindak seperti Google Cloud atau iCloud, HUAWEI Mobile Cloud adalah istimewa untuk pengguna peranti HUAWEI. Anda bukan sahaja boleh menyalin dan menyimpan data WhatsApp, terdapat juga pilihan untuk menyalin data untuk aplikasi lain. Aplikasi lain tersebut termasuklah WeChat, Telegram, Facebook dan Facebook Messenger.

Anda boleh memilih data aplikasi mana untuk disalin dan disimpan

Dengan ini, anda tidak perlu khuatir tentang kehilangan data pada WhatsApp atau aplikasi tertentu kerana ia sudah disalin dan disimpan dalam HUAWEI Mobile Cloud. Dengan menggunakan HUAWEI ID anda, anda boleh melihat atau menyimpan kembali data aplikasi tidak kira peranti HUAWEI mana yang anda guna.

Cara menyalin data ke HUAWEI Mobile Cloud:

Untuk pengetahuan anda, pengguna siri HUAWEI P40 layak mendapat ruangan HUAWEI Mobile Cloud 50GB percuma dengan menebus storan percuma 50GB selama 12 bulan.

Sudahkah anda sebagai pemilik peranti HUAWEI menggunakannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version