Site icon TechNave BM

Dato’ Siti Nurhaliza adalah artis paling banyak didengari oleh pengguna Spotify di Malaysia pada 2020

Spotify hari ini telah menyenaraikan Spotify 2020 Wrapped iaitu senarai lagu dan artis yang paling banyak dilayari sepanjang tahun 2020. Untuk para penggunanya di Malaysia, artis antarabangsa yang paling banyak didengari adalah kumpulan BTS dari Korea Selatan, manakala artis tempatan pula adalah Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Ini merupakan kali ketiga berturut-turut penyanyi popular itu bertakhta dalam senarai Spotify Wrapped, selepas 2017 dan 2018. Beliau diikuti oleh kumpulan rap K-Clique, penyanyi Faizal Tahir, Yonny Boii dan Naim Daniel.

Semakin ramai pengguna Malaysia juga mula mendengarkan podcast, di mana antara yang paling popular adalah Mamak Sessions, The Aida Azlin Show dan TED Talks Daily. Spotify mengatakan ramai orang mendengar podcast pada waktu awal pagi dan terdiri daripada pelbagai topik termasuklah kesihatan, kebudayaan dan keagamaan.

Untuk artis antarabangsa pula, rakyat Malaysia banyak mendengar kepada BTS, Justin Bieber, BLACKPINK, Lauv dan Taylor Swift. Beritahu kami di Facebook siapakah artis kegemaran anda di Spotify dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version