Site icon TechNave BM

DBP lantik Boss James, Dr Malar sebagai ikon bahasa untuk sebar penggunaan bahasa yang baik

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melantik tiga orang pempengaruh (influencer) popular sebagai ikon bahasa bagi menggalakkan penggunaan bahasa yang baik dalam kalangan orang awam.

Tiga pempengaruh yang dilantik ini adalah:

Ketiga-tiga pempengaruh ini kerap menerbitkan video dalam bahasa kebangsaan dan menerima jumlah tontonan yang sangat tinggi. Dr Malar dikenali sebagai seorang doktor yang berkongsi tips-tips kesihatan yang mudah difahami dan diikuti oleh orang awam.

Sementara itu, James Ng pula adalah seorang usahawan dalam industri permotoran yang kerap menghasilkan video-video ulasan mengenai motosikal dan pelbagai kenderaan menarik.

Lim San Shien pula adalah Duta Perpaduan Kerajaan yang menghasilkan video tentang kepelbagaian budaya di Malaysia serta isu-isu semasa berkaitan belia.

Ketua Pengarah DBP Dr Hazami Jahari berkata pelantikan tiga orang ikon ini menunjukkan DBP mahu selari dengan perkembangan semasa dalam menggalakkan penggunaan bahasa yang baik dan betul. Memandangkan media sosial kini adalah wadah pilihan untuk orang ramai berkomunikasi, DBP akan memanfaatkannya dengan menghasilkan kandungan berkualiti tinggi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version