Mungkin ada yang sudah mengenali game ini. Dead By Daylight Mobile kini boleh didapati di telefon pintar Android anda. Jika anda dan rakan-rakan ingin mencuba pengalaman diburu pembunuh atau memburu sebagai pembunuh, anda boleh mencubanya!
Sebenarnya, game versi mudah alih pada telefon pintar ini telah lama dirancang. Menurut sumber, pengalaman bermain game ini adalah sama seperti anda bermain melalui konsol atau komputer anda. Namun, oleh kerana ia adalah khas untuk telefon pintar mudah alih, anda perlu menjangkakan sedikit perbezaan.
Apa pun, pengoptimuman game ini masih perlu diperbaiki dari segi aspek sentuhan skrin. Sebagai makluman, game ini masih tidak tersedia di Malaysia. Namun, kami menjangkakan ia bakal kunjung tiba dalam masa yang terdekat. Untuk menyemak dari masa ke masa atau memuat turunnya secara percuma, anda boleh ke pautan Google Play Store ini. Untuk pengguna iOS, anda boleh klik ke pautan ini untuk menyemak keberadaannya.
Kami akan mengemas kini perkembangan ketersediaan game ini di Malaysia melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Beritahu kami di laman Facebook pengalaman anda bermain game ini!
Sumber: Android Headlines

