Site icon TechNave BM

Dell umum barisan monitor baharu: Paparan sehingga WUHD 5K2K 40 inci, bermula RM1,389

Terkini, Dell telah mengumumkan barisan produk baharu seperti komputer riba dan monitor baharu. Lebih baik, barisan monitor baharu ini diperkenalkan dalam beberapa ukuran sehingga 40 inci, sekaligus memberi varisan pilihan untuk anda.

Antara monitor baharu yang diperkenal adalah Dell UltraSharp 40 Curved WUHD Monitor (U4021QW), Dell 24 Video Conferencing Monitor (C2422HE), Dell 27 Video Conferencing Monitor (C2722DE) dan Dell 34 Curved Video Conferencing Monitor (C3422WE).

Dell UltraSharp 40 Curved WUHD Monitor ialah sebuah monitor melengkung bersaiz 40 inci. Menurut Dell, monitor ini ialah monitor 40 inci melengkung WUHD 5K2K dengan larutan warna yang baik dan perlindungan dari cahaya biru melalui ComfortView Plus. Ia dilengkapi warna gamut 100% sRGB dan 98% DCI-P3, dengan resolusi maksimum 5120 x 2160 pada 60Hz. Monitor ini berharga RM6,809 dan bakal dijual di Malaysia pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Terdapat juga beberapa monitor lain yang berukuran 24 inci, 27 inci dan 34 inci dengan harga yang berbeza. Kesemuanya memiliki ciri log masuk menggunakan pengesanan wajah dan ciri arahan bebas tangan.

Dell 24 Video Conferencing Monitor (C2422HE) berharga RM1,389, Dell 27 Video Conferencing Monitor (C2722DE) berharga RM1,919 dan Dell 34 Curved Video Conferencing Monitor (C3422WE) berharga RM2,829 di pasaran Malaysia. Namun, tarikh keberadaannya bakal diumum kembali oleh pihak Dell Malaysia.

Anda boleh menantikan maklumat dan spesifikasi lanjut mengenainya di laman rasmi Dell Malaysia. Adakah anda berminat dengan mana-mana komputer riba baharu dari Dell ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version