Site icon TechNave BM

Dell umum komputer riba siri Latitude baru: Pemproses Intel Tiger Lake, skrin sehingga UHD 4K

Terkini, jenama komputer riba terkenal Dell telah mengumumkan beberapa model peranti baharu bukan sahaja monitor, tetapi juga komputer riba baharu untuk tahun 2021. Dell telah memperkenalkan siri Latitude baharu yang terdiri daripada; Latitude 9420, Latitude 9520, Latitude 7520 dan Latitude 5420.

Kesemua komputer riba baharu ini bakal hadir di pasaran Malaysia, tetapi pada tarikh dan harga yang berbeza. Apa pun, kesemua model komputer riba baharu ini memiliki varian pemproses Intel sehingga Generasi Ke-11 (Tiger Lake) versi i7 iv Pro.

Dell Latitude 9420 dan 9520

Dell Latitude 9420 dan 9520 memiliki memori RAM LPDDR4x sehingga 32GB dan storan SSD PCIe/NVMe sehingga 1TB. Kedua-duanya hadir dengan paparan berukuran 14 inci dan penambahan model 15.6 inci untuk Latitude 9520. Antara ciri baru yang diperkenal adalah ciri rangkaian pantas dengan sokongan WiFi 6E/5G LTE dan ciri keselamatan seperti SafeShutter yang menutup kamera web dan mikrofon secara automatik. Harga Latitude 9420 dan 9520 bakal diumumkan apabila ianya hadir di pasaran Malaysia pada Mac 2021 kelak.

Dell Latitude 7520 pula adalah ahli baru dalam keluarga Dell Latitude siri 7000. Komputer riba ini hadir dengan paparan 15.6 inci dari vraian FHD sehingga UHD, SSD PCIe Gen 3 NVMe sehingga 1TB dan RAM LPDDR4 sehingga 32GB. Menurut Dell, siri baharu ini menawarkan paparan UHD 4K buat kali pertama bersama kamera FHD untuk imej lebih jelas semasa mesyuarat dalam talian. Harga Dell Latitude 7520 bakal diumum ketika ia hadir di pasaran Malaysia dalam bulan Januari ini.

Dell Latitude 7520

Dell Latitude 5420 atau siri Latitude 5000 pula memiliki RAM LPDDR4 sehingga 64GB, SSD PCIe NVMe sehingga 2TB dan paparan 14 inci FHD. Tambah Dell, Latitude 5420 dilengkapi rekaan yang diperbuat daripada bioplastik; bahan buangan daripada sumber pokok bersama skrin yang melindungi mata dengan ciri ComfortViewPlus. Dell Latitude 5420 bakal diumum harganya di pasaran Malaysia pada bulan Januari ini.

Selain siri Latitude, terdapat satu lagi ahli keluarga baru untuk siri Precision diumum iaitu Dell Precision 3560. Komputer riba ini memiliki memori DDR4 sehingga 64GB dan paparan 15.6 inci FHD sehingga 100% sRGB. Seperti Latitude 5420, ia juga dioerbuat daripada bahan bioplastik dan bakal hadir di pasaran Malaysia pada bulan Januari ini.

Dell Precision 3560

Anda boleh menantikan maklumat dan spesifikasi lanjut mengenainya di laman rasmi Dell Malaysia. Adakah anda berminat dengan mana-mana komputer riba baharu dari Dell ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version