Dell Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk komputer riba Dell XPS 13 dan XPS 13 2-dalam-1 yang menggunakan pemproses Intel Tiger Lake (11th Gen Intel Core) ke pasaran Malaysia bulan Oktober ini.
Dell XPS 13 bakal dijual bermula RM6,399 manakala Dell XPS 13 2-dalam-1 dijual bermula harga RM5,999. Kedua-dua komputer riba bakal hadir dengan ciri grafik Intel Iris Xe, casis aluminium premium dan skrin kualiti sehingga 4K dengan bezel nipis. Laptop ini juga menyokong port Thunderbolt 4 yang membolehkan anda menyambungkannya ke dua paparan 4K atau sebuah paparan 8K.
Berikut adalah spesifikasi penuh Dell XPS 13 dan XPS 13 2-dalam-1:
Dell XPS 13 (Harga bermula RM6,399)
- Pemproses Intel Generasi 11 i5-1135G7
- RAM 8GB
- Storan SSD 512GB
- Grafik Intel Iris Xe
- Windows 10
- Paparan boleh sentuh sehingga 4K UHD+ Touch Display (3840×2400), Touch Optional
- Kamera IR dengan kebolehan Windows Hello
- Tersedia dengan ruang letak tangan yang dilitupi CNC aluminium berwarna Platinum Silver bersama komposit karbon fiber hitam.
- Ruang letak tangan yang dilitupi CNC aluminium berwarna Frost silver bersama gentian kaca tenunan putih Artik.
- Litupan tahan UV dan kotoran
Dell XPS 13 2-dalam-1 (Harga bermula RM5,999)
- Pemproses Intel Generasi 11 i5-1135G7
- RAM 8GB
- Storan SSD 256GB
- Grafik Intel Iris Xe
- Windows 10
- Paparan boleh sentuh sehingga 4K UHD+ Touch Display (3840×2400)
- Kamera IR dengan kebolehan Windows Hello
- Engsel boleh lipat 180 darjah
- Tersedia dengan ruang letak tangan yang dilitupi CNC aluminium berwarna Platinum Silver bersama komposit karbon fiber hitam.
- Ruang letak tangan yang dilitupi CNC aluminium berwarna Frost silver bersama gentian kaca tenunan putih Artik.
- Litupan tahan UV dan kotoran
Adakah anda pengguna komputer riba Dell XPS? Kongsikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

