Site icon TechNave BM

Demo pendek gameplay Starcraft: Ghost muncul di Internet

Starcraft: Ghost adalah sebuah game yang masih belum dapat dikenal pasti statusnya sejak Blizzard membatalkannya pada tahun 2014. Ramai yang kecewa dan menjangkakan mereka tidak akan bersua dengan game ini lagi. Namun, sebuah video gameplay di YouTube yang didakwa merupakan gameplay Starcraft: Ghost memberi bayangan kepada kita tentang game ini.

Starcraft: Ghost sebenarnya merupakan game penembak pihak ketiga yang direka untuk konsol gaming. Namun, game ini mengalami masalah pembangunan dan Blizzard kemudiannya membuat keputusan untuk mengetepikan projek ini. Apa pun, kelihatannya video ini direka bertujuan untuk memperlihatkan gameplay sahaja. Menurut Kotaku, video ini sebenarnya versi demo untuk konsol original Xbox.

Selepas melihat video ini, apakan pandangan anda mengenai Starcraft: Ghost? Adakah anda akan membeli dan bermain game ini jika ia dikeluarkan pada zaman yang sepatutnya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama TechNaveBM.com untuk berita sebegini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version