Site icon TechNave BM

Denda RM1,000 jika tidak imbas MySejahtera walau untuk isi minyak sebentar

[Kemas kini, 17:40] Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pengguna tidak perlu mengimbas kod QR MySejahtera jika sekadar mengisi minyak dengan bayaran elektronik di pam minyak. Walau bagaimanapun, mereka yang ingin ke surau, kedai dan kemudahan-kemudahan lain dalam stesen minyak perlu mengimbas kod tersebut.

[Kemas kini, 15:07] Setakat ini, masih tiada pihak rasmi yang membuat siaran media atau pengumuman rasmi berkenaan hal ini.

Menurut sumber, PDRM telah menyatakan bahawa individu yang ke stesen minyak walaupun untuk mengisi minyak sebentar dan tidak masuk ke kedai runcit, wajib mengimbas kod QR MySejahtera. Jika gagal berbuat demikian, individu boleh didenda RM1,000.

Terdapat kes di mana seorang lelaki bersama bapanya memakai pelitup muka, namun didenda setelah gagal mengimbas MySejahtera. Menurut PDRM, rakyat wajib mengimbas kod QR walaupun tidak masuk ke kedai runcit yang tersedia di stesen minyak. Hal ini kerana stesen minyak juga adalah salah satu tempat umum. Segala SOP telah disediakan dan rakyat perlu mematuhinya.

Kekal patuhi SOP dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CHINA PRESS

Exit mobile version