Site icon TechNave BM

Dengan hanya tidak berbuat apa-apa selama 2 jam, video ini raih 2.8 juta tontonan

Mungkin anda sebelum ini berhasrat untuk menjadi ‘YouTuber’, namun tidak kesampaian dek kerana ketandusan idea untuk kandungan video. Seorang ‘YouTuber’ di Indonesia kini meraih populariti melalui sebuah videonya yang memaparkan perbuatannya tidak melakukan apa-apa.

Lebih menarik, ‘YouTuber’ yang dikenali sebagai Muhammad Didit melalui salurannya, ‘sobat miskin official’ dilihat berkelip tidak berbuat apa-apa, tiada pergerakan yang banyak, tetapi tetap berada di kedudukan yang sama selama dua jam.

Melalui media Tribun News, Muhammad Didit tidak menyangka video ini menjadi popular kerana ianya cuma gurauan untuk pengikutnya di media sosial. Video ini sebenarnya dirancang untuk dirakam selama 10 minit sahaja, namun berterusan sehingga 2 jam.

Setakat artikel ini ditulis, video ini kini mencecah 2.9 juta tontonan. Adakah anda rela merakam video tidak berbuat apa-apa selama 2 jam? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: malaymail

Exit mobile version