Site icon TechNave BM

DG1 bermatlamat kembangkan perniagaan kecil dalam era digital

11 bintang berpengaruh di Malaysia dan Asia Tenggara seperti Diana Danielle, Iman m.o.y, dan ramai lagi telah berkumpul untuk malam istimewa di The Colony, Vipod Residence KLCC dengan DG1 dan rakan kongsi dari Malaysia.

Acara itu dimulakan dengan ucaptama oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Kumpulan DG1, Gregor Zebic di mana beliau berkongsi cerita dan visinya untuk syarikat itu. DG1 menyasarkan untuk mengembangkan perniagaan dari semua saiz untuk pergi ke dalam talian dan berkembang maju dalam ekonomi moden. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan turut berkongsi model perniagaan baharu yang diperkasakan oleh platform DG1 di mana pencipta kandungan dan jenama boleh menjalankan sistem mereka sendiri untuk meningkatkan pendapatan mereka. 

DG1 memberi pengguna kuasa untuk memiliki data sendiri, menunjukkan kepada khalayak ramai untuk perkhidmatan dan tawaran yang diperibadikan. Platform DG1 memperkasakan sesiapa sahaja untuk bergerak dalam talian dan mengembangkan jangkauan pasaran mereka di peringkat tempatan dan global.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2023/01/DG1.com-Promo-Video-2-2-1.mp4

Untuk mempamerkan kepada PKS Malaysia betapa mudah dan cekap platofrm yang diberikan, 11 bintang berpengaruh dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka menggunakan DG1 untuk memacu pertumbuhan perniagaan mereka.

Pemegang saham/pelabur DG1 Malaysia, Andre Herzog bermatlamat untuk meletakkan PKS Malaysia di tengah-tengah peta dunia pendigitalan dengan menyediakan penyelesaian yang cekap dan berpatutan. 

Bagi pengurus bisnes yang ingin mengembangkan perniagaan anda, maka DG1 mungkin merupakan salah satu platform terbaik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version