Site icon TechNave BM

Digi 5G membawa anda melihat pemandangan maya 360 darjah Gunung Machinchang di Lapangan Terbang Langkawi

Dalam mengejar pembangunan rangkaian teknologi 5G yang mantap, salah satu pelopor telco di Malaysia, Digi telah menjalankan kolaborasi baru. Kolaborasi bersama Malaysia Airports dan Panorama Langkawi ini adalah untuk Projek Demonstrasi 5G (5GDP) yang dijalankan oleh SKMM.

Berikutan hal itu, anda kini boleh melihat pemandangan maya 360 darjah permata Langkawi, Gunung Machinchang atau lebih dikenali sebagai Gunung Mat Chinchang. Paparan visual tersebut merupakan paparan secara langsung hasil daripada pemasangan kamera di stesen tengah SkyCab Langkawi.

Kewujudan gondola kereta kabel dan zon pengalaman realiti maya (VR) di Lapangan Terbang Langkawi ini pastinya menyediakan pengalaman pelancongan maya yang menarik kepada pengunjung. Pemandangan maya tanpa gangguan membuktikan kredibiliti rangkaian 5G daripada Digi.

Ir. Abu Hashim Abdul Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Panorama Langkawi berkata, “Langkawi SkyCab adalah mercu tanda ikonik Langkawi. Terletak di dalam Langkawi UNESCO Global Geopark, kami amat berbesar hati dapat mempamerkan permata Langkawi, seperti Gunung Machincang di mana terletaknya SkyCab, kepada pelancong tempatan dan asing yang tiba di LGK”.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web rasmi Digi. Anda pernah menaiki kereta kabel di Langkawi atau mengunjungi Gunung Machinchang? Beritahu pengalaman anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita 5G Malaysia terkini.

Exit mobile version