Site icon TechNave BM

Digi ajak rakyat derma gajet terpakai bagi membantu pelajar B40 dalam e-pembelajaran

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengajak rakyat Malaysia untuk mendermakan peranti elektronik terpakai kepada pelajar di kalangan komuniti berpendapatan rendah (B40), melalui inisiatif #MYBaikHati yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Inisiatif ini akan mengumpulkan pelbagai jenis peranti termasuklah telefon pintar, tablet dan komputer riba secara penyumberan orang ramai (crowdsource) untuk diedarkan kepada para pelajar B40. Ia akan dimulakan di Lembah Klang dan akan diperkenalkan di seluruh negara dalam masa terdekat.

Rakyat Malaysia yang menetap di Lembah Klang boleh menderma peranti mereka dengan dua cara:

Peranti yang diterima termasuklah telefon pintar, tablet yang menyokong rangkaian 4G, Chromebook dengan Windows 8 dan komputer riba. Penderma dinasihatkan untuk menderma peranti yang masih berfungsi dan turut menyertakan pengecasnya. Peranti yang tidak memenuhi syarat akan dilupuskan dengan cara bertanggungjawab.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menderma peranti anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version