Site icon TechNave BM

Digi anjurkan promosi Gemilang Deals sempena musim kemerdekaan Malaysia

Syarikat telekomunikasi tempatan Digi Telecommunications akan meraikan musim kemerdekaan negara bermula hari ini sehingga 30 September 2021 dengan menganjurkan pelbagai promosi untuk telefon pintar serta pelan internet. Dengan promosi Gemilang Deals Digi, pelanggan berpeluang untuk memiliki telefon pintar dengan harga serendah RM1 melalui inisiatif Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin.

Melalui inisiatif Digi PhoneFreedom 365 (PF365), dengan melanggan kepada pelan Digi Postpaid 120 (kontrak 24 bulan), pelanggan boleh dapatkan telefon Samsung Galaxy A12, OPPO Reno 5F atau vivo V21E dengan harga RM1 sebulan. PF365 juga membenarkan pelanggan untuk nikmati penjimatan sehingga RM480 dalam tempoh 24 bulan.

Sementara itu, inisiatif Digi Smart Bundle (kontrak 12 bulan) pula membenarkan pelanggan untuk beli Samsung Galaxy A02 atau Redmi 9A pada harga RM1 atau Samsung Galaxy A02s pada harga RM24 ababila digabungkan dengan pelan Digi Postpaid 60 (DP60).

Buat pelanggan prabayar Digi pula, mereka boleh menikmati tawaran pelan internet RM5 untuk 5GB sepanjang promosi ini dijalankan. Tambah nilai boleh dilakukan melalui aplikasi MyDigi atau mendail *128#.

Di bawah kempen Jaringan Prihatin, Digi juga menawarkan subsidi sehingga RM300 untuk pelbagai jenis peranti. Selain itu, pelanggan Digi Postpaid masih boleh nikmati tawaran masa terhad Digi Fiber dengan kelajuan 300Mbps pada harga RM100 sebulan.

Digi Malaysia turut mengekalkan pelbagai promosi yang telah pun dilancarkan seperti Digi Broadband, Pakej Data Khas Belia, data 1GB harian percuma dan banyak lagi, jadi pastikan anda layari laman web Digi untuk ketahui semuanya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version