Site icon TechNave BM

Digi anjurkan promosi Hari Gaji Specials, tawarkan internet percuma 10GB

Pada hari ini, Digi Telecommunications mengumumkan promosi Hari Gaji Specials bagi membantu para pelanggan mendapatkan diskaun terbaik untuk produk Digi pada hujung bulan. Untuk bulan Julai ini, promosi Hari Gaji Specials akan berlangsung sehingga 28 Julai 2022.

Untuk pelanggan prabayar Digi Prepaid, mereka boleh menerima data internet berkelajuan tinggi 10GB secara percuma apabila mereka menambah nilai sebanyak RM30 ke atas melalui aplikasi MyDigi atau aplikasi pihak ketiga seperti Shopee, Lazada, Touch n Go eWallet dan Z City.

Untuk pelanggan pascabayar Digi Postpaid pula, mereka boleh mendapatkan data internet kelajuan tinggi tambahan sebanyak 15GB dengan harga RM15 sahaja. Ia boleh dibeli daripada aplikasi MyDigi atau laman web Digi.

Layari laman web Digi untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version