Site icon TechNave BM

Digi anjurkan promosi #JuaraInternet Deals: Data 5GB percuma, baucar sehingga RM300 dan banyak lagi

Pada hari ini, syarikat telekomunikasi Digi telah melancarkan kempen promosi #JuaraInternet Deals yang menawarkan pelbagai insentif menarik seperti baucar Shopee dan Lazada, data internet percuma, pas filem dan banyak lagi. Promosi ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 30 November 2021.

Untuk pelan pascabayar Digi Postpaid, pelanggan yang membeli atau menaiktaraf Digi Postpaid serta melanggan kepada kontrak SIM sahaja selama 12 bulan, akan menerima baucar Shopee dan Lazada dengan nilai sehingga RM300 sepanjang promosi ini.

Selain itu, mereka juga boleh menerima data internet percuma sebanyak 5GB yang akan ditambah pada kuota internet asal. Untuk pelanggan Digi Postpaid 40 pula, mereka boleh menambah data internet daripada 10GB kepada 20GB dengan hanya menambah RM5 ke dalam bil bulanan.

Buat pelan prabayar Digi Prepaid, pelanggan Digi Prepaid NEXT 45 akan menerima pas MUBI Premium percuma selama 30 hari (bernilai RM10) di mana mereka boleh menonton filem dan drama Malaysia serta Indonesia. Pelan NEXT 45 datang dengan kuota 40GB serta panggilan tanpa had.

Pelanggan Digi Prepaid juga boleh membeli data internet sebanyak 5GB pada harga RM5 sahaja sepanjang promosi ini. Ia boleh dibeli dalam aplikasi MyDigi atau dengan memanggial *128#.

Layari laman web Digi Juara Internet untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggan kepada pelan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version