Site icon TechNave BM

Digi dan U Mobile adalah telko yang paling diperbaharui pada 2021 setakat ini

Firma telekomunikasi Opensignal hari ini telah mengeluarkan sebuah lagi laporan yang menilai prestasi syarikat perkhidmatan telekomunikasi dalam Malaysia. Dalam laporan yang dinamakan Mobile Network Experience Report April 2021, lima syarikat utama iaitu Celcom, Maxis, DiGi, U Mobile dan unifi telah dinilai sejak laporan terakhir pada September 2020.

Dalam beberapa aspek, Maxis bukan lagi pemberi perkhidmatan yang terbaik seperti yang boleh dilihat dalam kategori Video Experience dan Download Speed Experience di mana Digi adalah pemenang baharu dalam kategori tersebut. Digi menunjukkan peningkatan sebanyak 26.1% berbanding laporan sebelum ini manakala Maxis menunjukkan penurunan Download Speed Experience sebanyak 17.5%.

Sementara itu, U Mobile juga memberikan kelajuan tertinggi untuk Upload Speed Experience dan pengalaman terbaik untuk Voice App Experience.

Digi telah menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1% untuk Upload Speed Experience namun Celcom menunjukkan penurunan sebanyak 23.6%.

Walau bagaimanapun, Celcom masih lagi juara daripada segi keluasan dan mutu rangkaian 4G, di mana mereka memberikan perkhidmatan terbaik dalam kategori 4G Availability bersama unifi, dan pengalaman terbaik dalam 4G Coverage Experience.

Untuk pengalaman gaming pula, Maxis dan U Mobile dilaporkan memberi perkhidmatan terbaik.

Kongsi pendapat anda tentang laporan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Opensignal

Exit mobile version