Site icon TechNave BM

Digi diiktiraf syarikat telko terpantas di Malaysia, iPhone 12 Pro Max pula telefon terpantas

Menurut laporan daripada laman web analisis internet Speedtest untuk suku ketiga dan keempat 2020, Digi berjaya melepasi Maxis dalam menjadi syarikat telekomunikasi yang terpantas di Malaysia.

Laporan tersebut turut menyatakan Digi adalah perkhidmatan telekomunikasi Malaysia yang terbaik daripada segi kestabilan rangkaian. Sementara itu, Celcom pula menjadi penyedia perkhidmatan terbaik dalam kategori 4G dan latency terendah.

Speedtest turut menyatakan bahawa iPhone 12 Pro Max merupakan telefon pintar dengan kelajuan internet terpantas di Malaysia, dengan kelajuan muat turun 52.33Mbps serta muat naik 15.69Mbps. Ia diikuti oleh HUAWEI Mate 30 Pro dengan kelajuan muat turun 50.61Mbps dan muat naik 13.88Mbps.

Jika dibandingkan mengikut kategori jenama pula, Apple mempunyai prestasi atas talian terbaik, diikuti dengan Samsung, HUAWEI, Xiaomi dan OPPO. Daripada segi kawasan internet terpantas dalam Malaysia, lima kawasan terpantas adalah Nusajaya, Johor Bahru, Shah Alam, Petaling Jaya dan Melaka.

Laporan penuh boleh dibaca dalam laman web Speedtest. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Speedtest

Exit mobile version