Site icon TechNave BM

Digi jalin kerjasama dengan TIME untuk luaskan penggunaan internet

Lee Guan Hong, Pengarah Eksekutif TIME (kiri) bersama Loh Keh Jiat, Pegawai Ketua Pemasaran Digi.

Digi Telecommunications dan TIME dotCom hari ini mengumumkan kerjasama kedua-dua syarikat tersebut untuk meluaskan akses internet berkelajuan tinggi kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Dalam kerjasama ini, Digi akan menggunakan infrastruktur jalur lebar gentian (fibre broadband) TIME untuk meluaskan liputan Digi Home Broadband kepada lebih ramai orang terutamanya yang menetap di kondominium dan rumah pangsa.

Ini adalah sebahagian daripada usaha kedua-dua syarikat itu untuk menyokong Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang dianjurkan oleh kerajaan.

Adakah anda akan menggunakan perkhidmatan Digi dan TIME ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version