Site icon TechNave BM

Digi kini mempunyai kedai rasmi dalam talian di Shopee Mall

Hari ini, Digi mengumumkan bahawa syarikatnya telah melancarkan kedai rasmi dalam talian baharu di Shopee Mall. Menggunakan nama Digi Store di Shopee Mall, pelanggan Digi di Malaysia kini boleh mengakses terus produk Digi seperti tambah nilai internet prabayar dan peranti pintar.

Dalam Digi Store tersebut, kita dapat melihat sebahagian telefon pintar terikat pada beberapa pelan dan terdapat Pemulangan Tanpa Kerumitan (Hassle-Free Return) selama 15 hari. Digi juga berkata bahawa pelanggan yang memesan di Shopee Mall mengharapkan penghantaran cepat untuk pesanan mereka kerana semua peranti dihantar terus oleh Shopee.

Sempena pelancarannya, pelanggan akan menikmati tawaran istimewa dalam masa terhad iaitu diskaun sebanyak RM70 untuk peranti terpilih apabila mereka menggunakan kod promosi DIGIMALL ketika membuat pembayaran. Selain itu, pelanggan yang mengikuti Digi Store di akaun Shopee akan segera mendapat baucar diskaun apabila mereka membelanjakan minimum RM5.

Jika anda sudah menjadi pelanggan Digi, anda boleh menyemak aplikasi MyDigi untuk mendapatkan lebih banyak baucar beli-belah yang boleh digunakan di Shopee. Anda kini boleh melihat produk terbaharu di Digi Store rasmi baharu di Shopee Mall.

Adakah anda salah seorang pelanggan Digi? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEn

Exit mobile version