Terkini, Digi mengumumkan bahawa mereka telah mengukuhkan liputan rangkaian 4G LTE di negeri-negeri utara; Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Pengukuhan rangkaian ini membawa kepada internet mudah alih berkelajuan tinggi yang lebih stabil.
Menurut Digi, pembinaan menara baharu dan menaik taraf menara sedia ada untuk rangkaian Digi 4G LTE dan LTE-A kini masing-masing meliputi 92% dan 73% populasi di negeri utara. Usaha ini adalah selari dengan pelan Jaringan Digital Nasional (JENDELA) oleh kerajaan.
Antara penambahbaikan terbaru adalah melengkapkan semula spektrum 2100MHz untuk prestasi rangkaian 4G dan penggunaan peralatan 4-transmit-4receiver (4T4R) multiple input, multiple output (MIMO) dalam teknologi LTE untuk liputan yang lebih luas dan berprestasi.
Menara baru yang dibangunkan dan dinaik taraf menggunakan peralatan radio terkini dengan unit jalus asas 5G. Perkara ini dapat memudahkan pengaktifan 5G pada masa akan datang.
Adakah anda pengguna Digi yang menetap di negeri-negeri utara? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Semak berita lepas mengenai Digi disini!

