Site icon TechNave BM

Digi lancar Internet Freedom: pelan internet fiber untuk rumah anda bermula RM130 sebulan

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini melancarkan Digi Internet Freedom, rangkaian pelan baharu yang menyediakan internet fiber di rumah dan digabungkan dengan pelan pascabayar rangkaian 4G LTE Digi.

Pelan ini terbahagi kepada tiga yang dikategorikan mengikut kelajuan internet:

Ketiga-tiga pelan tersebut tidak mempunyai kuota data internet. Pelanggan yang memilih Digi Internet Freedom 190 atau 290 layak mendapat penjimatan sebanyak 20% untuk yuran komitment pelan pascabayar utama.

Setakat ini, pelan ini hanya boleh didapati di kawasan terpilih sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sabah. Pelanggan yang mendaftar untuk langganan selama 24 bulan akan mendapat router dan pemasangan percuma. Anda boleh semak jika kawasan anda boleh mendapat Digi Internet Freedom di sini.

Selain itu,pelanggan Digi Internet Freedom juga akan menerima langganan Amazon Prime selama enam bulan yang bernilai RM162. Selepas tempoh tersebut tamat, pelanggan boleh memperbaharui langganan Amazon Prime mereka dengan harga RM27 sebulan.

Layari laman web Digi atau lawati Digi Store terpilih untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk melanggan pelan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version