Site icon TechNave BM

Digi lancar program “The Grandest Galaxy S22 Giveaway”, teka & menang Galaxy S22 sehingga 29 Mac ini

Sempena pelancaran Samsung Galaxy S22 pada bulan lepas, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengadakan program “The Grandest Galaxy S22 Giveaway” untuk kesemua pelanggan Digi bermula pada hari ini sehingga 29 Mac 2022 tanpa langganan atau pembelian tambahan diperlukan.

Melalui peraduan dalam talian, peserta dikehendaki meneka jumlah telefon Samsung Galaxy S22 yang diletakkan di dalam kotak kaca epik di lokasi rahsia Digi. Seramai 22 pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah unit baharu Samsung Galaxy S22 5G (256GB) setiap satu.

Untuk menyertai peraduan teka dan menang, peserta perlu:

Senarai akhir pemenang akan diumumkan pada 5 April nanti. Anda boleh klik di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai “The Grandest Galaxy S22 Giveaway”. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version