Site icon TechNave BM

Digi lancarkan Pakej Data Khas Belia, pelan internet khas berharga RM20 sebulan

Syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications telah memperkenalkan pelan internet terbaru yang dikhaskan untuk golongan muda iaitu Pakej Data Khas Belia. Pelan ini diutamakan kepada mereka yang berada dalam lingkungan umur 12 hingga 24 tahun dan menawarkan akses tanpa had kepada TikTok dan Instagram.

Pada harga RM20 sebulan, pelanggan akan menerima internet berkelajuan tinggi dengan kuota 15GB serta akses tanpa had kepada dua perkhidmatan media sosial tersebut. Ini pastinya adalah pelan yang sangat sesuai untuk golongan pelajar yang memerlukan internet murah untuk kegunaan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

Pelanggan Digi sedia ada boleh melanggan kepada pelan ini melalui aplikasi MyDigi atau hubungi *123#. Pelanggan baharu pula boleh membuat pendaftaran di Digi Store, Digi Store Online atau mana-mana pengedar sah.

Layari laman web Digi untuk maklumat lanjut tentang pelan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menjadi pelanggan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version