Site icon TechNave BM

Digi lancarkan Pakej Remaja dan Pakej Peranti Keluarga, sebuah inisiatif bantu rakyat Malaysia

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah melancarkan Pakej Remaja dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia untuk sambungan internet mampu milik. Tawaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak sehingga 15 April 2022.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan, mereka menyediakan akses internet mampu milik sebagai persediaan untuk penutupan rangkaian 3G pada akhir tahun ini.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej ini untuk para belia dan pelajar Malaysia berumur 21 tahun ke bawah dan hadir dengan data berkelajuan tinggi 20GB sah selama 90 hari berharga RM30. Pelanggan dapat menebus internet 1GB secara percuma setiap hari melalui kod UMB. Pembelian tersedia di aplikasi MyDigi (pelanggan Digi Prepaid NEXT sahaja) atau melalui aplikasi Touch ‘N Go eWallet.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Semua rakyat Malaysia diberi peluang untuk menaik taraf ke telefon pintar 4G secara percuma apabila mereka melanggan Digi Postpaid 40 dengan kontrak selama 24 bulan. Telefon pintar yang ditawarkan adalah Samsung Galaxy A02 dan Redmi 9A. Pakej ini hadir dengan data berkelajuan tinggi 10GB, panggilan tanpa had setiap bulan dan internet 1GB percuma setiap hari yang boleh ditebus melalui kod UMB. Untuk melanggan, pelanggan boleh melayari ke laman web Digi atau mengunjungi Digi Store atau Digi Store Express.

Anda boleh klik disni untuk maklumat lanjut mengenai pelan-pelan di atas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version