Site icon TechNave BM

Digi luaskan pilihan kelajuan untuk pelan internet rumah Digi Internet Freedom, kini bermula RM90 sebulan

Selepas melancarkan pelan internet rumah Digi Internet Freedom pada awal Julai lalu, kini Digi akan meluaskan lagi pilihan kelajuan internet yang ditawarkan dalam perkhidmatan tersebut. Digi memperkenalkan dua kelajuan baru iaitu Digi Internet Freedom 90 (50Mbps) dan Digi Internet Freedom 270 (800Mbps).

Ini bermakna pelanggan boleh memilih antara lima kelajuan sewaktu melanggan kepada perkhidmatan Digi Internet Freedom:

Pelanggan pascabayar Digi Postpaid Unlimited yang sedia ada boleh mendapatkan penjimatan lebih banyak jika mereka melanggan Digi Internet Freedom 130 atau ke atas, dengan harga bermula hanya RM190 sebulan untuk gabungan Digi Internet Freedom 130 + Digi Postpaid Unlimited.

Buat pelanggan yang baru kepada Digi pula, pelanggan Digi Internet Freedom boleh menggabungkannya dengan pelan pascabayar Digi, dengan harga keseluruhan bermula RM128 untuk gabungan Digi Internet Freedom 90 + Digi Postpaid 38.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Digi Internet Freedom. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melanggan kepada perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version