Site icon TechNave BM

Digi perkenalkan Pas Sahur untuk pakej internet sehingga 444GB pada pukul 3-7 pagi

Sempena bulan Ramadan, Digi memperkenalkan semula Pas Data Sahur bagi meningkatkan kuota internet untuk para pelanggan prabayar dan pascabayar pada waktu Sahur, iaitu 3:00 pagi hingga 7:00 pagi. Dengan harga RM7 sahaja, Digi akan menyediakan kuota internet pantas pada waktu tersebut sehingga 444GB.

Perlu diingati bahawa tempoh pas ini hanya sah selama tujuh hari dan tidak boleh dikongsi. Ia boleh dibeli dari laman web Digi Store Online atau aplikasi MyDigi.

Dalam laman web Digi, anda boleh klik pada “Get Add-ons”, masukkan nombor telefon, lengkapkan proses pengesahan TAC dan pilih “Sahur Pass” di bawah bahagian Booster.

Dalam aplikasi MyDigi pula, layari laman “Usage”, klik “Buy Add-Ons” dan pilih “Sahur Pass” kemudian lengkapkan pembayaran.

Layari laman web Digi untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version