Site icon TechNave BM

Digi sediakan internet percuma kepada pelajar B40 di kawasan Program Perumahan Rakyat

Digi Telecommunications telah menyediakan perkhidmatan WiFi 4G percuma di 12 kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Perlis, Perak, Terengganu, Melaka dan Johor bagi memudahkan pelajar untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian sehingga akhir April ini.

Digi telah memasang penghala (router) wayarles di perpustakaan komuniti, bilik pejabat dan surau PPR untuk menyediakan internet berkualiti tinggi kepada para penghuninya. Di samping itu, Digi juga telah memanjangkan waktu operasi bagi 11 Pusat Internet Komuniti (PIK) di Selangor, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan agar ia boleh digunakan bermula 9:00 pagi sehingga 9:00 malam setiap hari.

PIK juga menyediakan sumber pendidikan tambahan seperti program Jom Tuisyen yang mengandungi pelbagai video interaktif untuk lebih 180 mata pelajaran teras dan elektif berdasarkan sukatan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah memanfaatkan hampir 3,000 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia.

Digi dan syarikat telekomunikasi lain di Malaysia juga akan menawarkan data 30GB sebulan percuma untuk tujuan produktiviti dan pembelajaran, serta menawarkan Pakej Data Khas 15GB kepada pelajar SPM, STPM dan IPT pada harga RM20 sebulan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version