Site icon TechNave BM

Digi tamatkan rangkaian 3G secara beransur-ansur di seluruh negara mulai 6 Disember ini

Selaras dengan penutupan rangkaian 3G pada akhir tahun ini, Digi telah membuat pengumuman mengenai penutupan rangkaian 3G secara beransur-ansur di seluruh negara pada bulan Disember nanti. Laman web rasmi Digi telah menyenaraikan jadual untuk penutupan rangkaian 3G mulai 6 hingga 30 Disember 2021.

Digi mengingatkan orang ramai untuk menaik taraf peralatan mereka secepat mungkin untuk menikmati pengalaman telekomunikasi yang lebih baik. Jika telefon bimbit anda tidak menyokong VoLTE, anda hanya boleh menggunakan rangkaian 2G untuk membuat panggilan. 

Pengguna yang belum mengaktifkan fungsi VoLTE perlu mengikuti dua langkah iaitu yang pertama adalah mendayakan fungsi VoLTE telefon mudah alih dan kemudiannya mengaktifkan fungsi VoLTE syarikat telekomunikasi.

Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digi

Exit mobile version