Site icon TechNave BM

Digi tawarkan pelan pascabayar baharu Postpaid Family Unlimited, naikkan kuota internet

Syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications Sdn Bhd telah melancarkan pakej baru untuk pelan pascabayar, manakala para pelanggan pascabayar sedia ada pula akan menerima peningkatan kuota internet.

Pelan baharu itu adalah Digi Postpaid Family Unlimited di mana dengan harga bermula RM200 sebulan, keluarga yang melanggan dengan pelan ini akan menerima 3 talian pascabayar dengan internet berkelajuan tinggi, panggilan tanpa had serta pilihan untuk menambah talian pascabayar.

Bagi melengkapkan sambungan di rumah, pelanggan juga boleh melanggan pelan internet Digi Fibre bermula RM100 sebulan untuk internet fiber ultra 300Mbps tanpa had. Pelan baharu ini boleh dibeli di kedai Digi Store dan Digi Store Express.

Sementara itu, pelanggan Digi Postpaid sedia ada akan menerima peningkatan kuota internet, seperti berikut:

Buat pelanggan yang ingin menambah perkhidmatan dalam pelan pascabayar, mereka boleh memilih daripada seleksi Freedom Add-Ons seperti internet berkelajuan tinggi tanpa had dan banyak lagi. Freedom Add-Ons adalah percuma dengan komitmen kontrak 12 bulan untuk pelanggan Digi Postpaid.

Layari laman web Digi untuk maklumat lanjut tentang pelan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pelan pascabayar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version